:: TypejelaH ::

Sembang, gosip, mengupat sambil menyebarkan ilmu atau mendapatkan ilmu !!!!!
 
HomeFAQSearchRegisterMemberlistUsergroupsLog in

Share | 
 

 Peraturan dan Polisi Forum

Go down 
AuthorMessage
typejelah
Admin
avatar

Posts : 197
Join date : 2007-08-07
Age : 35
Location : Section 11, Shah Alam

PostSubject: Peraturan dan Polisi Forum   Tue Aug 07, 2007 1:40 pm

Objektif peraturan dan polisi Forum ini adalah untuk menjaga kesejahteraan forum. Juga untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak disenangi oleh ahli-ahli lain berlaku. Di harap SEMUA dapat membaca, memahami dan mengamalkan etika berforum yang baik.

A. Buka topik baru
Topik baru boleh dibuka oleh sesiapa sahaja di mana-mana forum.

Topik yang kurang disenangi pengendali akan dibuang. Contoh: topik politik yang boleh menyebabkan pertelingkahan, topik agama yang tidak sahih, topik merapu dan topik seks.

Topik baru hendaklah dibuka didalam forum yang berkenaan. Topik berkaitan Cerita Lucu tidak boleh diletak di dalam forum Perihal Agama. Topik berkaitan cinta tidak boleh diletak didalam forum cerita seram dan seterusnya.

Topik yang mempunyai agenda skim cepat kaya atau sistem piramid adalah sama sekali dilarang.

Topik yang mengandungi bahan lucah dilarang.

Topik yang berkaitan dengan piracy atau warez atau crack dan yang seangkatan dengannya adalah dilarang sama sekali.

B. Membalas mesej
Setiap orang boleh membalas mesej di dalam semua forum.

Mesej yang dibalas mestilah mempunyai isi yang sepatutnya. Mesej seperti “Hmmm…”, “Ntahle…” atau yang mengandungi similies sahaja adalah ditegah. Jika hendak memberi komen sila berikan dengan jelas dan bernas.

C. Etika dan Tatasusila
Setiap orang adalah tertakluk kepada peraturan dan polisi ini. Amaran dan teguran pengendali mestilah dihormati.

Penggunaan bahasa kasar dan lucah adalah amat ditegah. Tindakan seperti ban atau dibuang terus dari forum boleh dikenakan.

Provokasi di antara ahli juga ditegah.

D. Memasukkan Gambar
Pertamasekali setiap gambar hendaklah diletakkan di dalam mana-manaserver.Jikalau tidak mempunyai server sendiri, hendaklah membuka akaundimana-mana server percuma.
Contoh server percuma yang membenarkan jaringan imej dari luar.
a. www.photobucket.com
b. www.webhost.com

Setelah mendapatkan server, upload gambar ke server.

Di dalam forum, ketika membuka topik baru atau ketika membalas mesej taip koding seperti berikut:

[img]http://nama_host/nama_fail.jpg[/img]

E. Memasukkan Flash Movie
Sama prosedur macam nak uploadkan fail cuma berlainan koding:

<embed src="http://nama_host/nama_fail.swf" width="nilai_lebar" height="nilai_tinggi"></embed>


F. Saiz imej untuk signature
Saiz imej untuk signature hendaklah kurang dari 120 x 80 pixel dan tidak lebih dari 15kb.


G. Penyalahgunaan atau abuse
Laporkan sebarang penyalahgunaan di dalam forum ke Balai Polis berhampiran..

Akhirkata, jika kita masuk rumah orang hendaklah kita hormati tuan rumah dan ahli rumah. Hatta tuan rumah itu kawan baik kita sekali.Setiap rumah mempunyai peraturan atau tatacara tersendiri yang mungkin berlainan dari rumah anda.

Sekian.
TypejelaH Forum.

_________________
Doa Taubat


$6.00 Welcome Survey After Free Registration! <<<<< Korang register sahaja walau pon korang tak berminat....

Mohamad Rozi bin Sulaiman
4G91 inside
Mobile: +6012 564 4483; +6016 225 2474
E-mail: typejelah@hotmail.com.my
Website: http://typejelah.forumotion.com
Back to top Go down
View user profile http://profiles.friendster.com/typejelah
 
Peraturan dan Polisi Forum
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» The new poll for our Forum name
» HPBD Forum Changes&Updates (10/04/13 Update)
» [H?i ?áp] Ch?nh s?a kích th??c font ch? toàn forum
» Forum Font Size Selector
» VoIP Softswitch for Rent/ Sale

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
:: TypejelaH :: :: Peraturan dan Polisi Forum Serta Soalan Lazim-
Jump to: